Etika Mentafsir Mimpi

Dalam mentafsir mimpi, seseorang perlu mematuhi beberapa etika agar peratus ketepatan tafsiran tersebut tinggi.

1-  Jika seseorang menceritakan mimpi kepada anda, kemudian katakanlah, “Aku rasa, mimpi itu mempunyai maksud yang baik.”
2- Hendaklah mentafsir mimpi dengan cara yang paling baik. Diriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda, “Mimpi akan terjadi sebagaimana ia ditakwilkan (ditafsirkan ).” 

Juga diriwayatkan bahawa baginda bersabda, “Mimpi itu bagaikan kaki yang menggantung selama belum diungkapkan. Jika telah diungkapkan, maka terjadilah.” -Hadith yang disebut dalam as-Silsilah ash-Shahihah.
3- Menilai mimpi dengan baik, kemudian menjawab si penanya dengan jawapan yang mudah difahami.
4- Jangan tergesa-gesa mentafsir mimpi. Lakukanlah dengan hati-hati.
5- Menyembunyikan mimpi dan tidak menyebarkannya sebab ia merupakan amanah.
6- Jangan menakwilkan mimpi ketika matahari terbit, ketika tergelincir, dan ketika terbenam kerana waktu ini syaitan sedang berkeliaran ( dibimbangi tafsiran mimpi itu dipengaruhi oleh syaitan )
7- Merenungkan mimpi yang dikemukakan kepada anda. Jika mimpi itu baik, maka tafsirkanlah dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang tersebut. Jika mimpi itu buruk, maka janganlah menakwillkannya  atau takwilkanlah bahagian mimpi yang maksudnya paling baik. Jika sebahagian mimpi itu merupakan kebaikan dan sebahagian lagi keburukan,maka bandingkanlah keduanya, lalu ambillah mimpi yang paling tepat dan paling kuat pokoknya ( tafsirannya).
8- Jika pentafsir mimpi mengalami kesulitan, bertanyalah kepada orang yang  bermimpi mengenai namanya, lalu takwilkannya berdasarkan namanya itu.
9- Rujuk kisah-kisah nabi dan rasul serta hadith Nabi Muhammad S.A.W  mengenai mimpi bagi mendapatkan tafsiran yang terbaik.