MSS Daerah Kota Marudu 2013

Salam…Smk Kota Marudu akan menyertai kejohanan Padang dan Balapan MSS Daerah Kota Marudu yang akan diadakan di Padang SMK Tandek, Kota Marudu. Dengan persiapan yang telah dibuat oleh pasukan ini, tidak mustahil untuk menjuarainya bagi kali yg ke 8 berturut2. Pun begitu, untuk mencapai kejayaannya, kesungguhan dari para atlit amatlah diperlukan. Pasukan Olahraga juga pada tahun ini mendapat suntikan semangat dengan sumbangan pakaian rasmi daripada naib ketua pemuda UMNO bahagian. Sumbangan ini amat bermakna kerana ia memperlihatkan keseragaman dan kesatuan serta dedikasi yg tinggi dalam mencapai kejayaan. Selain itu, ucapan semangat dari Puan pengetua telah membakar semangat para atlit untuk mencapai kejayaan bagi kali ke 8. Komitmen dari pihak pentadbir dalam memastikan perjuangan atlit tercapai jelas kelihatan dengan usahanya memastikan setiap keperluan atlit/pasukan dipenuhi. Dalam masa yang sama, puan pengetua mahu agar setiap atlit bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan memastikan keselamatan diri sepanjang pertandingan. Ini adalah pesanan dan nasihat sebagai ibu kepada kamu semua kata puan pengetua. Pastinya kata2 ini akan dibawa oleh para atlit sebagai pencetus kepada mendapatkan kemenangan dan sememangnya SMK Kota Marudu adalah sekolah IMPIAN juga sekolah I-Think, sekolah yg serba boleh….go..go….